27 January, 2013

23 Klinik 1 Malaysia (K1M) di Sabah Sudah Beroperasi


SANDAKAN, Sebanyak 23 Klinik 1Malaysia (K1M) beroperasi di Sabah setakat ini termasuk dua di daerah ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Katanya kewujudan K1M Bandar Letat dan K1M Taman Seletar yang masing-masing beroperasi sejak September dan November lepas, bukan sahaja mengurangkan beban klinik sedia ada, tetapi juga memudahkan pesakit yang tidak perlu menunggu lama.

Sebuah lagi K1M akan dibuka di Bandar Labuk Batu 7 di sini yang dijadual beroperasi sebelum Jun ini, katanya ketika merasmikan K1M Bandar Letat, di sini Sabtu.

Menurut Liew, penubuhan K1M bergantung kepada beberapa kriteria antaranya kepadatan penduduk dan bilangan penduduk berpendapatan rendah.

Warga emas berstatus warganegara diberi pemeriksaan percuma di semua K1M, manakala bagi peringkat usia lain dikenakan RM1 dan RM15 untuk pesakit bukan warganegara, katanya.

-- BERNAMA

17 comments:

bayau,sd sa kasi link ko punya blog d blog sa ok :)

Setakat ni, apa respon rakyat kepada KR1M ni?lebih banyak positif atau negatif?

Berapa banyak yang sudah didirikan di kawasan luar bandar?

Harap K1M ni akan capai sasarannya.

Memang nampak bukan yang mana kerajaan cuba yang terbaik untuk membantu rakyatnya.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha menambah baik infrastruktur asas dan prasarana awam untuk memastikan rakyat terus terbela selaras dengan agenda utamanya ingin memakmur masyarakat majmuk di negeri ini.

Mengenai K1M ini ada yang memberikan respon yang baik dan ada juga yang kecewa dengan K1M.

Kecewa bukan kerana K1M ini tidak berjaya. Sebenarnya berjaya tapi yang menjadi masalah cuma kakitangan Klinik 1Malaysia, tapi tidak ramai jugalah. Yang pasti kita tahu K1M ini hanya untuk penyakit ringan saja.

Tapi apa pun Klinik 1Malaysia yang dilancarkan telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada rakyat.

Kajian Bernama baru-baru ini mendapati walaupun golongan profesional khususnya di kalangan pengamal perubatan memberikan respons acuh tak acuh kepada klinik itu, namun rakyat memberikan sokongan padu.

Langkah kerajaan memperkenalkan perkhidmatan klinik kesihatan komuniti yang dinamakan Klinik 1Malaysia mampu memberikan kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat berpendapatan rendah di bandar ini.

Lebih tiga juta penduduk kawasan bandar dan pinggir bandar sudah mendapat rawatan dan perkhidmatan kesihatan di 80 buah Klinik 1Malaysia sejak dilancarkan awal tahun lalu.

Perkhidmatan untuk penduduk luar bandar telah disediakan melalui fasiliti-fasiliti lain seperti klinik desa dan klinik kesihatan yang telah ditubuhkan disemua kawasan-kawasan ini (luar bandar.

Semangat di sebalik penubuhan Klinik 1Malaysia tujuannya adalah untuk mengurangkan beban yang ditampung oleh klinik-klinik kesihatan dan hospital dari segi rawatan penyakit ringan seperti batuk, demam dan selsema.

ini memudahkan rakyat mendapatkan rawatan.

Post a Comment