17 January, 2013

Bantuan Lesen 1 Malaysia : Daftarlah sekarang BL1M secara Online

Borang Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1 Malaysia. Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah program BL1M Online ini. Skim Bantuan lesen 1Malaysia (BL1M) ini bertujuan untuk;
  • Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH. 
  • Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu. 
  • Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan yang berhemat. 
  • Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
  • Memberi lesen kepada penunggang motorsikal dengan kadar murah diakhiri kursus pemanduan mereka.

Syarat Kelayakan Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

  1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  4. Sihat tubuh badan
  5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ

Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia

1. Untuk membuat permohonan BL1M, sila dapatkan borang BL1M dengan klik pada laman dibawah:
2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.
3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.

Contoh Borang Online BL1M 

Borang BL1M Online Borang Permohonan BL1M Online (Bantuan Lesen 1Malaysia). Daftar Sekarang! RM199 Sahaja.

Tarikh Keputusan Permohonan BL1M?

Keputusan BL1M 2013 akan diumumkan selepas 2 minggu dari tarikh pelancaran oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pihak penganjur akan menghubungi anda semua yang ada menghantar permohonan sebaik sahaja keputusan permohonan BL1M 2013 diumumkan.

Lokasi Belajar Memandu BL1M

Program Bantuan lesen 1Malaysia ini akan dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen, berdekatan kawasan tuan/puan.
P/S : Bagaimana? Berminat? Apa kata anda dengan inisiatif kerajaan mengenai 1 lagi produk 1Malaysia iaitu Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kali ini? Ini satu usaha yang baik bagi membantu pembonceng diluar sana mempunyai lesen yang sah. Selamat mencuba.

Anggaran kos jika bukan BL1M.. Dalam RM700++..

10 comments:

kat baling r sungai petani ada x sekolah memandu yang terlibat

Takeda Amie.. :D
Berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013

sabar la kwn..hahaa yakuza rapala sudah daftar ka?

bila tarikh tutup bayaran??? i dh daftr tapi blm bayar!!!

Sory Lambt bls..

Lihat sini.

http://bayausbh.blogspot.com/2013/02/bantuan-lesen-1-malaysia-bl1m-telah.html

susah la mahu masuk tapi error saja... kalau macam ni alamat dia melepas lah peluang untuk ambil lesen ni... hampa btl...

Post a Comment