27 January, 2013

Malaysia Di Landasan Terbaik Jadi Hab Halal Utama Global


BEAUFORT, Malaysia diiktiraf antara 54 badan rujukan terhadap pensijilan halal di peringkat dunia dan berada di landasan terbaik untuk merealisikan hasrat menjadi hab halal utama global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kesedaran masyarakat antarabangsa meningkat terhadap usaha kerajaan dalam membangunkan industri halal.

Kepentingan soal halal harus dipertingkatkan memandangkan ia semakin bersifat global bersesuaian dengan perkembangan arus semasa, katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan empat sayap Umno Bahagian Beaufort di di sini Ahad.

Beliau turut menyarankan pemilik premis perniagaan di Sabah menukar atau memohon sijil dan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri sahaja dan bukan dari mana-mana badan lain.

Sebelum ini, JAKIM memberi kelonggaran kepada pemilik premis selama enam bulan untuk berbuat demikian selepas pindaaan Akat Perihal Dagangan 2011 dikuatkuaasa pada 1 Jan lepas.

-- BERNAMA

5 comments:

Kepakaran dalam membangunkan piawaian-piawaian halal ini telah menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan kepada negara-negara lain dan secara tidak langsung jelas memaparkan pelaksanaan kewajipan fardu kifayah oleh Kerajaan Malaysia dan sumbangannya kepada dunia sebagai sebuah negara Islam.

Najib berkata walaupun negara belum menjadi pengeluar produk makanan yang besar, namun tumpuan kerajaan banyak diberikan kepada pembangunan sektor makanan halal selain ia dikembangkan sektor perbankan dan kewangan Islam, takaful, logistik, pelancongan dan sebagainya.

Menurutnya konsep halal kini turut menarik minat pengguna bukan Islam kerana ia bukan saja tertumpu kepada aspek penyembelihan dan kaitannya tidak terhad kepada produk daging sahaja, malah mengambil kira aspek kebersihan dan keselamatan kepada pengguna.

Pengeluaran makanan mesti dipertingkatkan lagi untuk menjana pulangan kepada ekonomi negara di samping merealisasikan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal dunia.

Mutu kualiti pengeluaran di MAlaysia sememangnya perlu mengikut prosuder yang telah ditetapkan sebaiknya.

Post a Comment