Semangat perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama, 1Malaysia!.
Penganjuran acara ini pada setiap tahun bolehlah dilihat sebagai antara usaha kita memperkenalkan elemen-elemen kebudayaan yang pelbagai di Sabah. Ini bukan saja untuk kepada rakyat di negeri ini tetapi juga kepada tetamu kita dari dalam dan luar negara. Inilah yang istimewanya Hidup Di Sabah, mempunyai kebudayaan rakyat yang penuh dengan warna-warni. Pesta ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.



Menurut kepercayaan kaum Cina, Naga, Unicorn dan Singa merupakan zodiak lama yang melambangkan kesihatan yang baik, membawa tuah, keamanan dan kemakmuran yang berkekalan. Kita juga turut berbangga kerana antara mereka yang mengambil bahagian dalam persembahan ini, terdapat beberapa kumpulan tarian yang ahlinya terdiri daripada kaum Bumiputera yang telah memperoleh kemahiran seni tarian ini semasa menyertai kumpulan tarian sejak beberapa tahun yang lalu. Inilah satu lagi aspek yang memperlihatkan semangat perkongsian tradisi dan budaya di kalangan masyarakat kita.
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini dan seluruh rakyat Malaysia yang akan bersama-sama memeriahkan sambutan perayaan ini.
Salam 1 Malaysia kepada pembaca..




6 comments:
Terima kasih kerana menggunakan gambar dari http://www.cutisabah.my/
Terima kasih juga kerana gambar itu sangat cantik. Jadi saya pinjam untuk blog saya. Terima kasih sekali lagi kepada http://www.cutisabah.my/..
Keunikan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Pasti meriah kehadiran tahun baru cina tahun ni.pelancong pun pasti bertambah ramai datang ke sabah.
Sama-sama kita raikan perayaan ni sebagai rakyat 1Malaysia.
selamat Tahun Baru Cina.
Post a Comment