KOTA MARUDU, 1 Feb (Bernama) -- Sebuah jambatan bailey yang baharu akan dibina untuk memberi kemudahan kepada 10 kampung di Simpangan dekat sini, yang seringkali berdepan masalah terputus hubungan ketika musim hujan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata jambatan itu diperlukan kerana kenderaan seringkali gagal melepasi sungai di Kampung Simpangan ketika air pasang, menyebabkan penduduk terputus hubungan.
Pemasangan jambatan itu akan bermula secepat mungkin, katanya kepada penduduk kampung tersebut ketika merasmikan pembukaan sebuah jambatan gantung bernilai RM150,000 bagi menggantikan jambatan lama yang rosak.
Ongkili berkata kerajaan sememangnya prihatin dengan keperluan penduduk kawasan luar bandar dan dalam kes jambatan gantung ini, kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan bagi pembinaan jambatan baharu dalam tempoh beberapa minggu sahaja.
"Keperluan rakyat banyak, namun kerajaan akan melakukan segala usaha untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan memberi tumpuan kepada keperluan mendesak seperti jambatan ini, yang diperlukan untuk penduduk berulang alik setiap hari.
"Ini sekali lagi membuktikan bahawa kita menepati janji, bukan seperti pembangkang yang hanya pandai mengambil gambar jambatan dan menabur janji manis untuk memberikan segalanya kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA

3 comments:
Harap peruntukan cepat diperolehi dan projek dilaksanakan dengan segera sebelum musim tengkujuh tiba semula.
Jambatan ni merupakan keperluan utama penduduk.harap dapat dipercepatkan.apapun, kontraktor pun kena dipilih dengan teliti.kualiti diutamakan!
moga jambatan ini akan siap mengikut masa ditetapkan.
Post a Comment