KOTA KINABALU, 2 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit yakin Sabah akan muncul sebagai peneraju sektor pelancongan marin di negara ini dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata ini dibuktikan menerusi peningkatan ketibaan pelancong di negeri itu, iaitu pada tahun lepas sahaja sejumlah 2.88 juta pelancong tiba di Sabah, meningkat 1.1 peratus berbanding 2011 yang mencatatkan 2.84 juta.
Kalendar pelancongan Sabah tahun lepas menunjukkan 18 kapal pesiaran dengan 12,707 penumpang tiba di Pelabuhan Kota Kinabalu, sementara lapangan terbang Sabah mencatatkan ketibaan 131 penerbangan antarabangsa dengan 19,294 tempat duduk dan 660 penerbangan domestik beserta 85,976 tempat duduk setiap minggu.
"Ini amat bagus untuk sektor pelancongan Sabah. Sabah mesti berbangga memiliki pantai yang cantik, gunung-ganang, pulau menakjubkan bertaraf dunia, kepelbagaian etnik, makanan dan budaya. Ini menjadikan Sabah sebuah negeri yang unik berbanding negeri lain di Malaysia," katanya berucap sempena ulang tahun ke-13 Jesselton Point, dekat sini Sabtu.
Dawos berkata Kota Kinabalu yang terletak di kedudukan strategik berupaya menjadi destinasi persinggahan bagi kapal pesiaran di Asia.
-- BERNAMA

3 comments:
Sabah kaya dengan khazanah alam semulajadi dan mempunyai keunikan tersendiri yang menjadi tarikan pelancong dalam mahupun luar negara.
Tingkatkan promosi pelancongan di Sabah. pasti ramai yang akan berminat menikmati keindahan Sabah.
ini akan tingkatkan kehadiran pelancong ke Sabah.
Post a Comment