03 February, 2013

Tinjauan Mesra Najib Bukti Kerajaan Ikhlas Bantu Rakyat

TENOM, 2 Feb (Bernama) -- Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan tinjauan mesra di akar umbi adalah bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) ikhlas membantu rakyat di negara ini.

Sehubungan itu kata Anggota Parlimen Tenom Datuk Raimee Unggi, rakyat terutama di Sabah, harus terus memberi mandat kepada kerajaan sedia ada bagi memastikan kesinambungan pembangunan dan kemajuan negara.

Keprihatinan Perdana Menteri itu ikhlas dan dapat dilihat menerusi lawatan beliau ke Gaza baru-baru ini yang sanggup mengetepikan soal keselamatan untuk melihat sendiri penderitaan umat Islam di Gaza, katanya kepada Bernama.

"Misi lawatan kemanusiaan Perdana Menteri ke Gaza bukan suatu yang senang, ini jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin yang lain dari lain," katanya yang ditemui selepas merasmikan pertandingan karate peringkat Sabah di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antanom di sini.

Katanya kerajaan BN juga teguh dan stabil, tidak seperti kerajaan pakatan pembangkang yang diselubungi pelbagai isu dalaman selain tidak berupaya menyelesaikan masalah rakyat.

Justeru katanya rakyat harus berpijak di bumi nyata dan mempertimbangkan bukti yang ada di depan mata sebelum bertindak menolak kerajaan sedia ada, semata-mata kerana terpengaruh dengan janji manis pembangkang.

-- BERNAMA

3 comments:

Rakyat buatlah pilihan dengan bijak PRU nanti.

Patut berterima kasih kepada kerajaan sekarang yang banyak memberi bantuan dan sentiasa prihatin pada rakyat.

kerajaan mmg ikhlas bantu rakyat.

Post a Comment