Parti tempatan komponen Barisan Nasional (BN) negeri Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS) telah pun membuat kunjungan hormat keatas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah (IPKS) . PBS yang membuat kunjungan tersebut telah diketua oleh Setiausaha Agung PBS, Datuk Henrynus Amin.
Dalam lawatan tersebut Henrynus yang mewakili Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berserta rombongan pemimpin PBS seluruh Malaysia, telah menyampaikan ucapan simpati dan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam Ops Daulat.
Dalam kesempatan kunjungan hormat ini, Datuk Henrynus Amin juga telah menyerahkan bantuan dan sumbangan PBS sebanyak RM20,000.00 hasil kutipan Tabung Wira Negara, sempena Ulang Tahun PBS pada 5 Mac2013. Sumbangan ikhlas dari PBS untuk keluarga pewira pejuang negara.Sumbangan tersebut telah diterima oleh YDH SAC Datuk Tan kok Liang, T/PJP Sabah.


Sememangnya bantuan daripada orang ramai seperti ini adalah sangat bermakna untuk keluarga pasukan keselamatan yang terkorban.






3 comments:
Setiap sumbangan yang diberikan dengan ikhlas sangatlah dihargai.
Semoga lebih ramai insan2 yang bermurah hati menghulurkan bantuan .
ini adalah sumbangan ikhlas dari rakyat
Post a Comment