KOTA KINABALU, 13 Mac-- Pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah akan diadakan di daerah Kota Belud pada 1 Mei depan, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, berkata majlis pelancaran itu akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
"Kami telah memutuskan untuk mengadakan pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri tahun ini di Kota Belud," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai sambutan Pesta Kaamatan yang dihadiri wakil pejabat daerah dan daerah kecil di Bangunan JKR, Sembulan dekat sini Rabu.
Tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini yang dipilih sendiri Pairin, iaitu Huguan Siou (Pemimpin Agung) bagi masyarakat Kadazandusun Murut, ialah 'Mengekalkan Muhibah dan Persefahaman Menerusi Kaamatan' (Tihombus Piunungan Om Pirotian Maya Kaamatan).
Pesta itu dirayakan pada setiap Mei dan berlangsung selama sebulan dari 1 hingga 31 Mei di seluruh di Sabah.BERNAMA




5 comments:
Mesti best kan.. Hihi..
Tatap..Itulah ditunggu-tunggu ni..hehe :D
Tarikh jatuh pada cuti umum sempena hari buruh.pasti ramai yang akan hadir memeriahkan pelancaran Pesta Kaamatan ni.
Rakyat perlu hayati dan praktikan tema sambutan pesta kaamatan tahun ni.besar maknanya untuk terus kekalkan keamanan dan keharmonian negeri.
tak lama lagi kaamatan
Post a Comment